♥ dear baby ♥

Mommy love you so much, baby.
This blog is not only my info, it is comes from YOU.




Wednesday 25 May 2011

I jam pertama selepas bayi lahir

hospital rakan bayi

1 jam- apa rasional 1 jam ni (sesetengah org ckp-what the hell?). Dlm masa satu jam selepas bersalin anda digalakkan untuk menyusukan anak anda sesegera mungkin kerana bayi yg baru dilahirkan mempunyai rooting reflex (naluri menghisap) paling kuat sepanjang hayatnya. Jadi jika susukan bayi kita dgn cara lekapan yg betul (latch on), Insyaallah akan membantu kejayaan penyusuan dlm tempoh yang panjang. Kolostrum juga merupakan imunisasi/antibodi pertama bg bayi. Biasanya kolostrum akan keluar seawal kelahiran dan berakhir pd hari ke 10. Kolostrum seawal 1 jam selepas bersalin akan membantu mengurangkan kadar kematian bayi semasa awal kelahiran.

Mitos org tua: Kolostrum adalah nanah kotor dlm payudara-oleh itu kena picit dan buang. Oh tidak, nenek moyangku! Kolostrum itulah ubat terbaik bayiku. (akan saya ceritakan lebih lanjut tentang kepentingan kolostrum).

Jadi, Penting sgt 1 jam ini. Petikan ini saya ambil di poster penyusuan susu ibu-? “Save 1 million babies.. Beginning with 1 hour Support.. and 1 Message: Begin Breastfeeding WITHIN 1 HOUR of birth” .

Kolostrum hadir sekali sahaja sepanjang seumur hidup kita, jadi amatlah rugi jika anak kita yang kita sayangi melebihi segala-galanya dalam dunia tidak menikmati KOLOSTRUM ini… Renung-renungkan! =)
tq sarakids http://www.sarakids.com/blog/?p=414

0 comments:

Post a Comment